Gaji tidak setanding dengan pekerjaan. Gaji sama dengan staff lain, tapi buat pekerjaan yang berbeza.
Awal masuk sebagai pelajar praktikal. Buat pekerjaan sama macam staff bekerja. Tapi elaun hanya dpat rm350. Diserap kerja sebagai kerani bahagian sticker produk. Designer company berhenti kerja, jadi saya yang terpaksa ambil tugas designer dan dalam masa yang sama sebagai kerani. Gaji? Still sama dengan staff lain. RM900. hari² stress dengan kerja bertimbun. Dengan hadap customer lagi. Ada terfikir untuk berhenti. Tapi mempunyai kontrak 3 tahun. Boss seolah² tidak mahu saya berhenti. Saya hanya manusia biasa. Bukan robot boleh buat banyak kerja. Kesudahannya, bekerja laa lagi dalam keadaan stress. Bukan ingin membanding, bukan tidak bersyukur. Cuma penat. Ermm. Tak tau nak luah camna. Papepun, admin kalau nak share story ni, please hidekan profile dan nama saya ye ?. Thankyou