It's really killing me inside. Bekerja la dengan ikhlas tapi jangan terlalu berkorban sebab belum tentu ada jaminan untuk kau dihargai sepenuhnya.
Hi min.
Terima kasih untuk ruangan luahan.
Aku salah seorang pioneer di tempat kerja sekarang. Aku adalah employee ke 4 semasa aku mula join company ni sebagai account Executive . Masa tu hanya ada satu office kecil dan manufacturing yang in progress fully operation. Berbekalkan pengalaman sebagai sales coordinator, aku di beri peluang untuk create proses flow sebagai purchasing dan Logistic. Dalam erti kata aku melakukan kerja untuk 3 position dalam satu masa (Account, purchasing, Logistic) tapi dengan gaji yg untuk satu position dan ia sangat mencabar kerana sebagai syarikat baru setiap process perlu ada perancangan yang teliti. Tapi aku bersyukur aku diberi peluang untuk belajar. Banyak perkara aku korbankan, masa, tenaga, work life balance. Sekarang dah lima tahun, purchasing dengan Logistic pun dah ada PIC sendiri, kilang pun dah fully operation . Dan hanya tahun kelima aku dapat jalankan tanggungjwab yg sebenar sebagai account. Jujur aku memang kurang pengetahuan tentang accounting, banyak perkara yang harus aku belajar. Dalam masa yang sama aku diduga dengan masaalah kesihatan dan keluarga. Tahun ke lima aku diberi surat amaran atas alasan tidak menjalankan tanggungjwab sebagai account dengan betul (sedangkn aku baru belajar dan dalam proses utk catch up) dan kedatangan (atas faktor kesihatan dn keluarga, tp walaupun aku cuti sakit atau kecemasan, aku akan cuba siapkan kerja walaupun dalam keadaan aku sakit atau cuti Kecemasan) Kalau perlu aku siapkan waktu lepas bekerja, aku akan buat demi menjalankan tanggungjwab. Walaupun sebenarnya aku sangat penat.
Di sini aku hanya ingin meluahkan, waktu company memerlukan, aku boleh kata aku sangat comited, Bukan nak puji diri sendiri tapi alhamdulillah walaupun gaji tak seberapa, aku tak kisah asalkan company percaya dan terus bagi aku peluang untuk belajar. Tapi bila sampai masa aku diduga, company terus meletakkan kesalahan dan menganggap aku sebagai beban mungkin sebab staff pun dah ramai, operation pun da smooth. Dan tak perlukan staff macam aku.
Jadi Pelajaran bila bekerja, waktu sakit tak perlu lah masih lakukan kerja, sebab di situ orang akan fikir betul ke dia ni sakit, tapi boleh jew buat kerja, sedangkan you make yourself free for them even sometime you're struggling.
Hargai masa dengan family, sebab bila kau susah family yg support Bukan majikan kau pun.
Untuk aku mencari kerja yang baru agak susah, sebab bila orang tengok pengalaman dan gaji, mereka kata aku overqualified, sedangkn aku tak kisah pun untuk mula dari bawah dan anggaran gaji yang selari dengan jawatan yang dipohon.
Aku hampir give up. It's really killing me inside.