Nak beralih kerja daripada international company to local company
Hi MauKerja.
Pengalaman kerja saya sekarang dan sebelum ini adalah daripada company yang support internationally (contoh; APAC country).
Saya pula, dah beberapa kali nak tukar kerja ke syarikat tempatan, tapi setakat HR contact lepas tu no update. Saya rasa faktor pengalaman kerja yang tidak sama dengan permohonan.
Susah ke saya nak tukar bidang atau mungkin saya perlu cuba lagi dan lagi. Saya bukannya tak bersyukur dengan pekerjaan dan pengalaman yang ada sekarang, tapi saya rasa lama kelamaan saya tak mampu untuk bekerja dengan rakan sekerja dari negara luar, faktor komunikasi, dan cara mereka bekerja juga lain-lain ikut negara. Dan, saya juga berhasrat nak kembali pulang ke kampung suatu hari nanti. Jadi saya nak ada pengalaman bekerja dari syarikat tempatan supaya mudah untuk saya mohon pekerjaan di kampung nanti. Saya pernah apply kerja dekat kampung, tapi pengalaman international saya tak valid untuk jawatan yang ada di kampung, walaupun pengalaman kerja saya 4 5 tahun, tapi tetap dianggap sebagai tiada pengalaman sebab pengalaman tidak berkaitan.
Itu saja luahan hati saya dan mohon pendapat, sudikah syarikat tempatan terima pekerja yang pengalaman tidak berkaitan sangat, sedangkan saya memang mahu belajar sesuatu yang baru jika diberi peluang.