Saya tidak tahu la pekerjaan apa yang sesuai dengan kebolehan saya
Hi MauKerja,
Saya just nak luah perasaan saya.
Saya baru start kerja, tahun ni. Tapi kerja ni sangat tak sesuai dengan kebolehan saya. Saya rasa stress sangat walaupun masih baru. Hari-hari saya rasa malas nak bangun kerja berbeza dengan kerja sebelum ni, hari-hari saya rasa seronok untuk start kerja.
Sebelum ni saya pernah ja rasa stress macam ni sebab tak tahan dengan kerja sebelum ni, tapi saya boleh jugak tempuhi sampai beberapa tahun sehinggalah saya dapat notis pemberhentian dengan pampasan sebab covid dulu.
Saya tak mampu nak adapt dengan kerja baru ni. Nak resign, terlalu awal. Plus, saya nak ada backup saving dulu untuk beberapa bulan. Mungkin saya kena tempuh lagi beberapa bulan sebelum saya mula kembali untuk cari kerja lain.
Saya buntu. Saya tahu sekarang ni susah dapat kerja dan ramai yang masih menunggu untuk dapat kerja. Tapi mungkin kerja sekarang ni tak sesuai dengan kebolehan saya. Semoga ada rezeki saya nanti untuk kerja lain yang bersesuaian, dan saya boleh stay lama dekat syarikat tersebut.
Semoga urusan saya dan rakan-rakan dipermudahkan.
Terima kasih MauKerja buat platform luahan sebegini, sekurangnya saya ada tempat untuk luah tanpa perlu cerita dekat orang lain mahupun keluarga.