Probation ditarik sehingga Setahun. Tiada EPF, SOCSO, medical dan benefit cuti
Hi, saya berkerja di satu syarikat. Pada awalnya saya dijanjikan probation period selama 3 bulan. Namun selepas 3 bulan ianya ditukarkan kepada 3+3, tak seperti awal2 yang saya tandatangan. Benda ni belarutan sehingga setahun . Baru-baru ni selepas setahun saya diberi emel menyatakan contract probation saya diperbaharui hanya sebulan. Soalan saya bolehka majikan membuat probation period begitu lama? saya terfikir untuk berhenti kerja juga kerana persekitaran yg memberi beban mental dan workload yg tinggi.