A*** A**** R*****'s avatar'
A*** A**** R*****2 tahun yang lepasMauTanya

Majikan tidak jujur dan tidak professional dalam menjalankan tanggungjawab.

Min.saya nak luah sikit pasal majikan saya.majikan saya nie tidak mencarum KWSP sejak pada hari pertama saya berkerja. Jadi saya telah berkhidmat di syarikat ini hampir setahun lapan bulan. Pada mulanya mereka memberi alasan pda tahun 2021 iaitu alasan covid dan syarikat mahu menstabilkan dahulu .setelah seminggu saya berkerja,boss saya dengan gembiranya telah memberitahu mereka telah berjaya membuka cawangan yang kedua. Saya terus berasa hairan bagaimana mereka mendapatkan wang dan kemudian memberi alasan tidak untuk mencarum KWSP.jadi saya dan rakan sekerja lain telah mengambil tindakkan untuk membuat aduan kepada pihak KWSP. pihak KWSP telah datang dan 'proceed' kes tersebut.Sekarang nie pihak majikan telah meminta kami membayar semula jumlah KWSP yang tidak dicarum walhal ini adalah kesalahan majikan yang tidak mencarum dan berkata bahawa kami telah bersetuju untuk berkerja tanpa KWSP. Saya harap kawan-kawan yang membawa boleh memberikah sedikit pendapat. Terima Kasih Min dan Selamat Hari Raya!
2
N** S*** N** I****** b* A*******'s avatar'
N** S*** N** I****** b* A*******2 tahun yang lepas
apa bukti yg staff semua setuju bekerja tanpa EPF? epf socso wajib untuk semua pekerja jika tak bagi adalah salah disisi undang2. jika bos berkeras suruh anda bayar semula buat aduan di pejabat buruh
0