A**** Z***'s avatar'
A**** Z***2 tahun yang lepasMauTanya

Majikan tak buat Pcb, pekerja dapat perintah kena langsaikan untuk 3 tahun, beribu kena.

Salam bro, nak tanya bagi pihak adik saya. Adik saya ni kerja dalam satu company kecil kat kl private. Dari tahun 2018 cm tu la kot pastu dia kena bayar cukai, tapi dpt tau company dia tak bayar cukai dan diperkenalkan cukai oleh majikan. Just tahun 2020 dia baru bayar cukai utk tahun 2019, 2020,2021,2022 atas inisiatif sendiri dan dia kena byr certain amount. Pastu dia ckp, dia dpt surat dari lhdn utk kasi borang pcb tu, tapi dia tak pernah tau ada borang pcb yg majikan kena buat, luckily ada auditor company help dia isi kan balik utk tahun 2021 sebab lhdn minta tahun tu je tapi baru baru ni dia dpt company dia dpt surat atas nama bos dia utk langsaikan pcb tertunggak 3 tahun tu. Jadi denda semua tu siapa yg kena bayar, majikan buat endah tak endah je dan dia bayar lhdn utk 2019 semua tu sampai 2022 tu atas inisiatif sendiri walaupun tak dpt pulangan refund pun. Auditor ckp hujung tahun dia kena isi borang pcb utk distribute kan each month mcm mana entah, patutnya potongan pcb bln bln. Tapi bila jadi kes mcm ni cam na ye, sian plak tgk dia. Staff dia yg lama patut kena buat lhdn tak buat pun lepas cm tu je, dia plak yg kena. Stress plak saya tgk dia mcm tu.
0
Ikhwan Syafiq's avatar'
Ikhwan Syafiq2 tahun yang lepas
Majikan bertanggungjawab untuk membuat pembayaran PCB dan bercukai tepat pada masanya mengikut undang-undang dan peraturan kerajaan. Mereka juga perlu membuat potongan PCB bulanan dari gaji pekerja dan melaporkannya kepada LHDN. Sekiranya majikan gagal memenuhi kewajipan ini, pekerja tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk membayar denda PCB tertunggak. Dalam kes ini, adik anda seharusnya bercakap dengan majikan dan memaklumkan mengenai surat LHDN tersebut. Adik anda juga seharusnya membuat aduan kepada LHDN jika majikan gagal memenuhi tanggungjawab mereka. Sebagai seorang pekerja, adik anda sepatutnya mengetahui hak dan tanggungjawab anda serta mengambil langkah yang betul jika berlaku penyelewengan dalam pembayaran PCB dan cukai. Pekerja juga boleh mendapatkan bantuan daripada Perkeso atau Jabatan Tenaga Manusia dalam kes-kes ini.
0