Nak lompat kerja sebab tak happy dgn suasana kerja sekarang. Baru kerja company baru ni 6 bulan dan dah dapat confirmation letter.
Saya baru tukar tempat kerja baru di sebabkan syarikat lama ada masalah. Tapi di tempat baru saya tak gembira kerana dipulaukan dan dipinggirkan. Walaupun kerja okay dan bos okay tapi saya tak gembira. Saya dah kerja 6 bulan dan dapat confirmation letter. Tapi saya rasa tak nak setuju terima sebab saya nak berhenti. Patut ke saya berhenti terus atau terima je dulu confirmation letter tu?kalo saya masih dlm probation period saya hanye perlu letak notis seminggu sahaja. Tapi kalo saya dah confirm, saya kene letak notis berhenti sebulan. Saya tak mahu kerja di tempat sekarang lama2. Makin lama saya stay makin saya tak gembira dan feel demotivated untuk pergi kerja. Untuk pengetahuan, memang sekarang saya sedang mencari kerja di tempat lain dan saya yakin boleh dapat better offer dari kerja yang sekarang.