M******* S***** R*****'s avatar'
M******* S***** R*****2 tahun yang lepasMauTanya

Berkenaan tetang bayaran atau denda dikenakan jika withdraw dari pekerjaan baru sebelum lapor diri.

Assalamualaikum & salam sejahtera pada semua yang membaca, Saya nak tanya, jika saya telah accept offer letter dari syarikat A, dan telah meletak notis pada syarikat sedia ada (syarikat B) selama 1 bulan. Dan secara setelah lagi 2 minggu untuk habis notis, syarikat B menawarkan offer kepada saya. Boleh ke saya accept untuk terus berada di syarikat B, dan menarik diri dari syarikat A? Offer letter telah ditanda tangan tetapi masih belum lapor diri. Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada saya? Sekian terima. Harap ada yang sudi membantu
0
Syed Nazrul's avatar'
Syed Nazrul2 tahun yang lepas
Walaikumusalam, jika anda telah menerima offer letter dari syarikat A dan meletakkan notis pada syarikat B, anda dianggap telah bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dalam offer letter tersebut. Jika anda menarik diri dari syarikat A sebelum lapor diri, anda mungkin terdedah kepada denda atau bayaran penggantian kerugian yang telah ditetapkan dalam offer letter tersebut. Oleh itu, anda sepatutnya membaca dengan teliti offer letter dan memastikan bahawa anda memahami segala syarat dan terma-terma sebelum menerima tawaran tersebut. Sekiranya anda masih tidak pasti, sila berbincang dengan pihak HR di syarikat A untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Terima kasih.
0