Majikan memaksa untuk sign offer letter dan apa tindakan yang perlu saya buat
Sy dh bekerja selama 4 bulan di company A dan tidak menerima offer letter sepanjang sy bekerja. Sy bercadang untuk berhenti deangan memberi resign letter 24jam kerana telah menerima tawaran kerja dari syarikat B, tetapi company A telah mengeluarkan offer letter pada masa saya ingin berhenti dan seolah memaksa untuk sy sign dan diberi ugutan akan hold gaji sekiranya tidak sign offer letter tersebut. Dan sy terpaksa sign juga offer letter itu dimana pada masa yg sama surat resign 24jam juga sy beri. Masalah timbul apabila sy sudah pon berhenti dari syarikat A dan mereka juga telah hold gaji saya.Saya ingin tanya apekah tindakan yg boleh saya buat?