Bolehkan pekerja casual bekerja selama 8 jam seperti staff biasa?
Saya diterima bekerja sebagai pekerja casual di satu company yang agak besar juga. Semasa interview, manager memberitahu yang saya perlu bekerja secara casual dulu selama 3 bulan sebagai latihan sebelum confirm sebagai permanent staff. Ini kerana manager ingin melihat cara kerja saya dan juga sama ada saya boleh adapt dengan working environment di situ. Saya juga akan dibayar secara daily paid dimana saya dibayar sekiranya datang bekerja dan hari bekerja saya adalah 5.5 hari, sedangkan staff biasa bekerja selama 5 hari saja.
Tetapi saya difahamkan waktu bekerja bagi pekerja casual sepatutnya kurang daripada pekerja tetap dan tak dilindungi Akta Pekerja. Jadi boleh ke company menyuruh pekerja casual untuk bekerja 8 jam (dan lebih) atau bergantung kepada keadaan?