Majikan tak nak bayar baki gaji..dengan alasan MC tak layak untuk pekerja percubaan
Sy dah resign ikut pd offer letter 2minggu..hntr surat resign pd 25/4/2023 & tarikh last pd 8/6/2023..majikan pn dah terima..malangnya, pd 3/6/2023 sy ditimpa kemalangan di rumah (masa hari off day) & sy dpt mc 18hari kerana tulang jari retak..memandangkan sy dah nk berhenti, sy buat keputusan utk tetap hadir ke pejabat & menyelesaikan tugasan yg masih ada..sy hanya mampu hadir 2 hari & sambung MC di rumah… gaji terakhir yg sy terima cuma dikira 2 hari pd 21/7/2023 & MC sy tidak diterima atas alasan sy masih pekerja percubaan & tak layak utk dibayar MC..sy dah buat aduan pd JTK berkenaan keengganan majikan membayar baki gaji & pihak JTK mengesahkan kes sy valid utk tuntutan..majikan sy dah diberitahu tentang aduan JTK & mengugut sy dengn mengatakan akan mengabaikan hari sebutan kes..beliau jg bertegas takkan membayar sebarang tuntutan..dengan yakinnya beliau memberitahu pihak JTK takkan mengambil sebatang tindakan & mustahil utk JTK memenjarakan beliau..apa tindakan yg perlu sy buat lg? Perlukah sy buat laporan polis andai kata bekas majikan masih berdendam dengan sy atas aduan yg telah sy buat?