D***** M******* b**** M*******'s avatar'
D***** M******* b**** M*******2 tahun yang lepasMauTanya

Pembayaran semula training bond walau baru berkerja sebulan dan masih dalam probation dan sudah beri notice berhenti seperti didalam contract.

Saya baru bekerja sebulan dan sudah beri notice 2 bulan seperti dalam contract kerana rasa tidak serasi dan diarahkan untuk berkeja secara part time sepanjang tempoh notice. Didalam contract juga ada mengatakan mengenai training bond perlu dibayar 2 bulan gaji sekiranya berhenti. Memang majikan berhak untuk meminta bayaran balik? Walaupun notice sudah diberi mengikut contract dan hanya baru bekerja sebulan dan masih dalam tempoh probation? Boleh ke melaporkan ke pihak JKT mengenai isu ini?
0
Najibullah Rafiq's avatar'
Najibullah Rafiq2 tahun yang lepas
Dalam situasi ini, penting untuk merujuk kepada kontrak kerja yang telah ditandatangani. Jika kontrak mengandungi klausa yang menyatakan bahawa pembayaran balik atas training bond diperlukan sekiranya berhenti sebelum tempoh tertentu, maka majikan berhak meminta bayaran balik tersebut. Walaupun notis berhenti telah diberikan mengikut contract, klausa mengenai training bond tetap berlaku dan memerlukan pembayaran.
0