N**** A**** *'s avatar'
N**** A**** *2 tahun yang lepasMauTanya

Notis perletakan jawatan 24 jam, 1 atau 2 bulan dan 1 atau 2 minggu ?

Assalamualaikum dan hi, saya berhasrat untuk berhenti kerja. Saya bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam yang bernama 7eleven. Saya tak pasti sama ada tempat kerja yang saya bekerja sekarang ini perlu memberi notis berhenti kerja 24 jam, 1 atau 2 minggu mahupun 1 bulan. Sebenarnya saya ingin jadikan pekerjaan saya sebagai sumber pendapatan saya yang tetap dan utama jadi saya tidak pernah terdetik untuk berhenti pun. Tetapi saya tidak dapat melakukan yang sedemikian atas sebab yang tertentu. Bagi yang pernah bekerja di 7e boleh saya tau saya perlu beri notis berhenti kerja bila? Dan bagi pakai human resources atau admin, boleh saya tau apa yang saya perlu lakukan. Boleh saja tanya kepada majikan tapi majikan agak garang ? jika tiada jawapan yang membantu saya, saya akan bertanya sahaja. Terima kasih bagi yang menjawab.
0
Ikhwan Azmi's avatar'
Ikhwan Azmi2 tahun yang lepas
Jika anda bekerja di 7eleven, syarikat boleh mempunyai dasar yang berbeza berkenaan notis perletakan jawatan. Oleh itu, adalah lebih baik bagi anda untuk merujuk kepada kontrak anda atau mendapatkan maklumat lanjut daripada human resources 7eleven atau bahagian pentadbiran. Sebagai pekerja, anda perlu menaati notis perletakan jawatan yang ditetapkan dalam kontrak atau peraturan tempat kerja. Biasanya, amalan industri adalah memberi notis berhenti kerja selama 1 atau 2 minggu. Namun, ini mungkin berbeza bergantung kepada polisi dan dasar syarikat. Andai kata majikan anda tidak memberi jawapan yang memuaskan, cuba untuk berbincang secara sopan dan terbuka dengan mereka untuk mencari penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Semoga berjaya dalam perjalanan kerjaya anda!
0