Saya fresh graduate, dan saya memerlukan pandangan dan cadangan daripada semua.
Salam semuanya.
Saya fresh graduate yang sedang mencari pekerjaan, banyak saya mohon kerja sebelum saya habis latihan praktikal pada minggu hadapan, Dan saya ada ternampak satu jawatan sementara untuk menggantikan pekerja di syarikat tersebut cuti bersalin. jawatan tersebut minimum 3 bulan dan maksimum 24 bulan. Adakah patut saya mohon?, sebab saya ada mohon kerja banyak sama ada di Kerajaan/Swasta. Kalau saya mohon untuk jawatan sementara ini kemudian saya dapat tawaran kerja jawatan tetap di tempat lain, bagaimana ya?