Majikan lama tak bayar KWSP, Berhenti sebab tak bayar gaji
Saya sudah berhenti di tempat kerja lama kerana majikan tak bayar gaji. Semasa saya berhenti saya dah buat laporan di Tenaga Kerja Buruh mengenai majikan tak bayar gaji. Semasa dalam sesi berbincang dengan Jabatan buruh,majikan. Saya ada bertanya kepada majikan mengenai KWSP, dan dia mengatakan dia dah buat caruman. Jadi pada masa itu, kami cuma selesaikan mengenai masalah majikan tak bayar gaji sahaja. Sampai la harini saya tak sedap hati, dan saya check kwsp saya. Majikan lama xbayar satu sen pon sejak saya berkerja dengan dia. Apa patut saya buat ?