Soalan saya berkenaan tersebut adalah untuk rujukan saya pada masa akan datang .
Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan (security) di sebuah syarikat .. telah bekerja selama 9 bulan ..apa yang perlu saya lakukan untuk saya berhenti kerja disyarikat tersebut ?. Untuk maklumat lain dan isu saya adalah...saya dibayar bulanan sebanyak rm2200 seperti yang tertulis di offer latte dgn campuran allowed semua ..basic adlah rm1.5k ..semasa awal Interviuw saya ditawarkan dgn 28hari kerja dalam sebulan digaji 2200 dan bayaran untuk kerja pada hari public holidays di doublekan ..namun ketika lantikan pengurus baru (kerana pengurus lama telah berhenti) yang lain beliau menyatakan tiada bayaran double untuk public dan tidak ada cuti ketika public juga ..kemudian hitungan 28/30(sebulan) hari berubah ketika masuk pada bulan yg mempunyai 29/31(bulan) hari..jadi tetap dikira gaji saya rm2200 walaupun bekerja 29 hari..soalan saya bolehkah majikan melakukan ini tanpa surat atau persetujuan bertulis daripada pekerja ? Dan berkenaan KWSP saya pula setiap bulan kadang ² tidak tentu bilangan potongan yg dipotong oleh syarikat misalnya bulan pertama potongan pekerja rm165 namun bulan kedua rm148...adakah memang berlaku demikian atau produser majikan itu salah atau bagaimana ? Dan soalan yg lain adlh slip gaji saya berlaku maklumat yang tidak tepat pada nama syarikat ..pada bulan pertama dengan nama syarikat A dan kedua pula nama syarikat B .. sedangkan offer latter adalah dengan nama syarikat A ... komplain telah saya buat pada majikan namun tidak ada respon serius dari mereka ?
Sekian trima kasih