Saya baru bekerja di sebuah syarikat, masih probation. Keadaan syarikat sangat tosik dengan rakan sekerja yang tuduh menuduh, memaki hamun termasuk buat perbuatan tak bagus pada client.
Keadaan menjadi tak terkawal, nak pergi rehat pun takut.. sebab dalam amasa 1 jam macam - macam boleh jadi dan kita akan dituduh. Person A gemar delete semua aktiviti yang dia buat dalam log phone dan maki client. Bila habis rehat, yang kena hadap client adalah saya yang taktahu apa - apa. Saya cuba usulkan pada SV, tapi SV macam tiada tindakan. Dia ubah topik lain. adakah ini disebabkan pekerja tersebut senior? (8 dan 13 tahun bekerja)?
Saya rungsing.. dengan hujung bulan 2023 bakal berakhir saya juga tidak pasti ini teruskan atau berhenti dari sini. Peluang pekerjaan sangat tipis sekarang. Saya bimbang dengan mental saya walaupun kelihatan tenang.