Bolehkan berhenti kerja ketika masih belum tanda tangan kontrak?
Hai. saya nak tnya adakah boleh sekiranya saya ingin berhenti kerja ketika masih belum tandatangan kontrak. saya apply sebagai part time dan company bgtau masa kerja saya hanya 3 hari. namun majikan kerap memanggil saya ke pejabat. selain itu, setelah beberapa hari ke pejabat untuk mengetahui tugasan saya, saya dapati saya amat keliru dengan setiap pergerakan/flow bekerja company tersebut. Saya juga mendapati bahawa saya tidak sesuai dengan skop kerja yang diberikan dan tidak sama seperti yang ditulis diruangan description kerja.