Diskriminasi syarikat dalam memberikan pengurangan notis bekerja.
Saya pada mulanya dalam percubaan selama 3 bulan di sebuah syarikat swasta, dalam bulan kedua, anak anak saya kerap tidak sihat dan saya kerap ulang alik hospital. Saya minta untuk berhenti kerja atas alasan kesihatan anak anak, dalam tempoh percubaan, notis saya hanya 24 jam. Tetapi pihak syarikat tidak membenarkan saya untuk berhenti dan memberi masa untuk saya menyelesaikan isu tentang kesihatan anak saya. Pihak syarikat telah menawarkan kontrak selama setahu kepada saya dengan notis 2 bulan kalau nak berhenti kerja. Selama 9 bulan saya sebagai pekerja kontrak yang tidak mendapat apa apa benefit bekerja, dan tiada kenaikan gaji mahupun bonus dan 3 bulan sebagai pekerja dalam tempoh percubaan, menjadikan total saya bekerja sudah cukup setahun. Selepas cukup setahun, saya mendapat tawaran pekerjaan yang lagi baik, namun saya perlu menyertai syarikat baru dalam masa terdekat dan hanya mampu memberi notis berhenti kerja selama sebulan. Selepas saya berhenti, syarikat lama saya menyuruh saya membayar sebulan lagi notis kerana mereka tidak meluluskan permohonqn mengurangkan notis saya. Tetapi saya rasa saya di diskriminasi kerana ada pekerja yang dapat mengurangkan notis berhenti kerja. Sekarang syarikat lama saya memaksa saya untuk membayar sebulan gaji. Saya tak mampu untuk membayar notis tersebut. Apa patut saya buat?