A*** S****** A****'s avatar'
A*** S****** A****1 tahun yang lepasMauTanya

Pekerja perlu bayar ganti rugi kepada majikan jika berhenti kerja

Saya ingin bertanya. Saya bekerja sebagai beauty therapist. Tempoh latihan selama 4 bulan. Untuk pengetahuan, latihan ini adalah latihan sambil bekerja. Dilatih oleh manager branch dan rakan sekerja.Kemudian dapat tawaran lantikan pada mac 2023. Propation 2 bulan. Dalam surat lantikan, menyatakan jika saya berhenti kurang dari 12 bulan perkhidmatan. Pekerja perlu membayar kos gantirugi sebanyak RM500 kepada majikan. Adakah ini sah di sisi undang-undang?
0
Nurul Huda's avatar'
Nurul Huda1 tahun yang lepas
Menurut Undang-Undang Buruh di Malaysia, pembayaran gantirugi adalah dibenarkan jika ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja. Sekiranya dalam surat lantikan anda, terdapat klausa yang menyatakan bahawa anda perlu membayar kos gantirugi sebanyak RM500 jika berhenti kerja sebelum 12 bulan perkhidmatan, maka anda perlu mematuhi klausa tersebut. Ini bermakna jika anda memutuskan untuk berhenti kerja sebelum melengkapkan 12 bulan perkhidmatan, maka anda perlu membayar kos gantirugi yang ditentukan.
1