MOHON PANDANGAN TUAN/ PUAN TERUTAMANYA DARIPADA UNIT SUMBER MANUSIA
Hai. Sebelum tuan/ puan baca penulisan saya, saya ingin menjelaskan bahawa penulisan ini berdasarkan kisah dan pengalaman saya serba sedikit dan saya perlukan bantuan tuan/ puan yang arif terutamanya daripada unit sumber manusia bantu penulisan resume saya untuk mohon pekerjaan dalam unit pentadbiran memandangkan ini adalah kemahiran utama saya.
Sejurus saya tamat latihan industri sebagai pelatih pentadbiran selama 6 bulan, saya telah memulakan kerjaya sebagai perunding jualan (operasi) selama 1 tahun kerana sikap saya yang tidak ingin membuang masa dan terima apa jenis pekerjaan. Kemudian, saya berhenti kerja dan mengambil risiko membuka perniagaan dalam sektor F&B bersama ahli keluarga memandangkan keluarga saya berlatarbelakangkan bidang ini. Perniagaan tersebut telah berjalan selama 5 tahun dengan jayanya tetapi kini perniagaan tersebut telah ditamatkan akibat perbuatan khianat yang menyebabkan perniagaan saya lumpuh dan saya telah menamatkan perniagaan sepenuhnya pada tahun lepas. Sepanjang tempoh 5 tahun itu, tugas saya sebagai pemilik adalah mengurus pentadbiran, kewangan, jualan dan pemasaran serta menyelia para pekerja.
Persoalan saya;
1. Bolehkah saya mohon kerja bahagian pentadbiran dengan pengalaman yang saya ada seperti yang dinyatakan di atas selepas bertahun saya menjadi seorang majikan?
2. Jawatan apakah yang sesuai dengan saya sebagai permulaan semula jika saya ingin mohon kerja sebagai pentadbir?
3. Apakah nama jawatan sebagai 'pemilik perniagaan' yang sesuai untuk diletakkan dalam resume menggunakan Bahasa Inggeris yang boleh menarik perhatian dan diterima pakai oleh pegawai sumber manusia?
3. Apakah 'selling point' / pengalaman utama yang pegawai sumber manusia mahukan daripada seseorang yang pernah menjadi majikan untuk saya tonjolkan diri saya?
4. Banyakkah syarikat di luar sana yang sudi dan pernah terima seseorang yang pernah menjadi majikan bekerja dengan mereka?
Saya bertanya soalan-soalan ini memandangkan saya ingin memulakan langkah saya sebagai seorang pekerja semula. Saya berharap tuan/ puan di luar sana dapat membantu saya dengan menjawab soalan-soalan di atas. Jasa baik tuan/ puan amatlah saya hargai.
Terima kasih.