Majikan tidak membayar gaji penuh semasa saya cuti bersalin.
Saya nak tanya,sy bersalin pada 3/10/2023.Cuti saya bermula 1/9/2023 sehingga 30/11/2023 dan mula bekerja pada 1/12/2023. Majikan saya hanya membayar gaji 2 bulan sahaja iaitu pada bulan 9 dan 10. Soalan saya,jika sy ingin membuat aduan dan tuntutan berapa lamakah tempoh yang valid untuk saya membuat aduan kepada jabatan tenaga kerja?