Nak tukar bidang kerja yang tidak sama dengan pengalaman kerja sedia ada
Hi MauKerja.
Saya nak minta pendapat. Saya bekerja sekarang bukan dalam bidang yang saya belajar. Ini tidak menjadi isu, sebab kita tak semestinya akan bekerja dalam bidang yang kita ceburi.
Saya bekerja beberapa tahun pengalaman dalam bidang sekarang. Tapi lama kelamaan saya rasa sudah tiada "passion" dalam diri saya untuk bidang ni. Saya tak fikir gaji, tapi saya fikir saya nak rasa "passion" tu ada bila hari-hari start kerja.
Jadi, saya bercadang untuk tukar career sekarang kepada career yang saya rasa saya lebih minat. Saya pernah terbaca sharing, gaji hanyalah short-term punya happiness. Tetapi minat adalah long-term, tapi mungkin akan kena korbankan gaji sebab kita pilih untuk start from zero. Saya pilih untuk long-term punya happiness, as long as ada income every month dan mencukupi dengan komitmen hidup sudah mencukupi. Sebab saya tak nak rasa burn out. Sebab saya pernah burn out teruk sebelum ni.
Saya nak minta nasihat, bagaimana cara untuk saya lakukan? Sebab saya pernah apply kerja baru lain bidang, tapi tak berjaya sebab lain dengan pengalaman sedia ada. Adakah saya perlu nyatakan di dalam CV saya di bahagian summary bahawa saya ingin bertukar bidang baru? Atau ada cara lain yang boleh saya buat.
Terima kasih MauKerja.