Bagi notis 24 jam kerana terlalu burnout dan tertekan semasa bekerja
Saya pekerja kontrak full time selama 3 bulan. Jika saya mahu berhenti saya perlu bagi notis 2 bulan atau membayar denda 2 bulan gaji. Tapi saya dah taktahan saya bagi notis 24 jam sebab saya terlalu tertekan dan burnout sepanjang melalukan kerja. Dari hari pertama sehingga seminggu saya cuba bekerja dan bertahan disitu tetapi saya tidak lagi boleh bertahan dengan pekerjaan tu. Jadi saya mengambil keputusan untuk beri notis 24 jam dan saya dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak RM3600 sebab saya melanggar perjanjian kontrak. Tapi bukankah syarikat tersebut perlu mengenakan saya dengan bayaran gaji pokok sahaja iaitu RM1500? Tapi mereka tambah gaji pokok RM1500 dengan elaun RM300. Saya nak tanya, bukankah saya perlu bayar hanya untuk gaji pokok sahaja? Atau memang dalam akta kerja perlu membayar kesemuanya? Mohon penjelasan cik.