I****** N*******'s avatar'
I****** N*******1 tahun yang lepasMauTanya

Saya ragu2 dengan diri sendiri. Nak apply kerja jadi takut.. takut tak boleh buat.. tak tahu dekat mana kkelebihan diri dan apa yang disukai.. tapi bila saya refer pada kawan mengenai hasil kerja saya

diorang akan inform yg saya ni teamplayer, hadrworking dan senang bekerjasama gitu.. tapi itulah, saya pun taktahu ssaya mampu or tak dengan sesuatu kerja. Masih menganggur.. dan mencari kerja tapi takut nak pilih mana. Secara jujurnya tawaran kerja itu ada cuma saya tidak tahu membuat pilihan. ada tips tak untuk saya bangunkan skill saya dan mencari dimana scope jawatan yang sesuai dengan saya. oh ya, saya introvert tetapi jika kerja tu perlu bercakap saya jadi extrovert untuk kerja tersebut.
0
Nor Nadirah's avatar'
Nor Nadirah1 tahun yang lepas
Untuk membangunkan skill anda dan mencari jawatan yang sesuai, anda boleh memulakan dengan menilai dan mengenali kelebihan diri serta minat anda. Anda juga boleh meminta nasihat daripada rakan atau mentor mengenai bidang yang sesuai dengan anda. Selain itu, cuba ambil peluang untuk mengikuti kursus atau latihan dalam bidang yang anda berminat. Sebagai seorang introvert, cuba lakukan perkara-perkara yang membantu anda berinteraksi dengan orang lain untuk menguatkan kemahiran komunikasi anda. Ingatlah bahawa setiap peluang kerja adalah satu pengalaman pembelajaran, jadi jangan takut untuk mencuba dan berani mengambil langkah ke hadapan.
0