N**** S****** B**** R*****'s avatar'
N**** S****** B**** R*****1 tahun yang lepasMauTanya

Berapa lamakah sya perlu menunggu maklum balas dri pihak recruiter setelah beliau memberitahu sya bahawa resume sya akan diforward ke hiring manager?

Awal Januari brunie saya ada mohon kerja bank di jobstreet dan hujung bulan Januari brunie (27/1/24) sya ada dpt mesej wasap dri pihak achieve group, a recruitment agency katanya. Dlm mesej wasap tersebut dia menjelaskan jobscope kerja, jumlah gaji basic + commission serta training yg disediakan bagi jawatan yang sy mohon tersebut. Setelah itu, dia telefon sya untuk bertanyakan beberapa soalan dan menerangkan sekali lgi jobscope jawatan yg sy mohon bgi memastikan sy fhm scope tugas tersebut sebelum dia forward resume sy ke hiring manager. Namun begitu smpi ke hari ini sya belum mendapat apa2 update dari pihaknya. Adakah sy perlu wasap untuk bertnyakan status permohonan tersebut atau sya perlu menunggu lagi bagi mendapatkan feedback dri recruiter?
0
Syafiqah Nadia's avatar'
Syafiqah Nadia1 tahun yang lepas
Saya cadangkan untuk menghantar mesej wasap kepada pihak recruiter untuk bertanyakan status permohonan anda. Adalah penting untuk kekal berkomunikasi dengan mereka dan memastikan bahawa mereka sedar tentang minat anda dalam jawatan tersebut. Jika selepas beberapa hari masih tiada maklum balas, anda boleh menghubungi mereka semula untuk meminta update. Komunikasi yang berterusan akan menunjukkan kesungguhan anda dan boleh membantu mempercepatkan proses rekruitmen. Semoga anda mendapat feedback yang positif secepat mungkin!
0