N** F**** S******'s avatar'
N** F**** S******1 tahun yang lepasMauTanya

Gaji pekerja kontrak kena hold selama beberapa bulan sebaik sahaja masuk kerja. HR tak maklum. Dalam offer letter tak dinyatakan.

Saya baru sahaja masuk kerja di salah sebuah instituisi perbankan sebagai teller. Kontrak saya adalah selama setahun. Dalam offer letter saya, tidak dinyatakan secara detail tentang pembayaran gaji. Bila saya masuk kerja, baru lah saya dapat tahu daripada rakan sekerja bahawa pekerja kontrak, akan di hold gajinya selama beberapa bulan. Setelah masuk bulan ke-3 atau 4, barulah syarikat akan mula membayar semula gaji bermula dari hari pertama kerja. Selepas bulan ke-3 atau 4 barulah, gaji pekerja kontrak akan dibayar seperti pekerja biasa. Persoalan saya, boleh ke mereka buat begitu? Semasa sign surat perjanjian, saya juga tidak dimaklumkan tentang perkara ini.
0
Sakinah Aqilah's avatar'
Sakinah Aqilah1 tahun yang lepas
Menurut undang-undang buruh, syarikat perlu menjelaskan semua butiran berkaitan pembayaran gaji kepada pekerja dalam kontrak bekerja. Sekiranya tiada maklumat mengenai penahanan gaji dalam surat tawaran atau surat perjanjian, pekerja berhak untuk meminta penerangan daripada pihak pengurusan atau unit sumber manusia. Tindakan penahanan gaji tanpa penjelasan yang jelas boleh dianggap sebagai pelanggaran undang-undang buruh dan pekerja berhak untuk menuntut hak gajinya. Sebaiknya, pekerja membawa isu ini kepada pihak atasan atau bahagian sumber manusia untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian yang sewajarnya.
0