Cik Sitiathirah's avatar'
Cik Sitiathirah1 tahun yang lepasMauTanya

MAJIKAN TIDAK MAHU MEMBAYAR GAJI SAYA YANG MASIH MENERIMA RAWATAN DAN MEMPUNYAI SIJIL CUTI SAKIT DARI DOKTOR

saya telah mengalami kemalangan semasa hendak pergi bekerja..akibat kemalangan itu saya telah di beri sijil cuti sakit melebihi 1bulan kerana mengalami kecederaan patah kaki..akan tetapi selepas sebulan saya menerima rawatan..doktor masih memberikan sy cuti sakit kerana kecederaan sy masih belum pulih..tetapi majikan memberi tahu mereka akan menolak gaji saya untuk cuti sakit yg baharu selama (3minggu) kerana mereka kata doktor tidak menyatakan saya perlu menerima rawatan dirumah di dalam surat yg doktor keluarkan..adakah majikan layak berbuat demikian?
0
Suzana Hamzah's avatar'
Suzana Hamzah1 tahun yang lepas
Majikan tidak berhak untuk menolak pembayaran gaji anda ketika anda masih menerima rawatan dan memiliki sijil cuti sakit dari doktor. Jika doktor telah memberi cuti sakit kepada anda kerana kecederaan yang memerlukan rawatan lanjutan, majikan perlu menghormati keputusan doktor dan membayar gaji anda seperti biasa. Majikan tidak seharusnya memilih untuk menolak pembayaran gaji anda berdasarkan alasan yang tidak sah seperti dokumen tambahan yang diminta. Anda berhak untuk menerima gaji penuh selama anda berada dalam tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor.
0