N**** A****** Z*********'s avatar'
N**** A****** Z*********1 tahun yang lepasMauTanya

Perubahan Contract tanpa persetujuan

Salam sejahtera. Company sy mengamalkan ikat contract 2 tahun kepada semua staff.
Setelah dua tahun bekerja sebagai admin exec, sy telah bersetuju utk menyambung contract utk 2 tahun lagi. Tetapi setelah 3 bulan, sy mengambil maternity leave selama 98 hari. Seminggu sebelum sy mula cuti, company ada mengambil admin lain dan katanya ikat contract 3 bulan sahaja utk menggantikan sy. Tetapi setelah sy mula bekerja lagi, management menemui sy dan menyatakan position sy sekarang adalah sales exec effectively today, tanpa ada sign contract yg baru.
Jadi maksudnya skg, contact yg masih terikat adalah dgn jobscope admin exec, bukannya sales. Boleh suggest apa perlu sy buat? Kalau sy minta perbaharui contract tapi majikan tidak mahu, adakah contract lama terbatal? Boleh sy resign tanpa mengikut contract lama?

0
Yasmin Syafiqah's avatar'
Yasmin Syafiqah1 tahun yang lepas
Saya memahami kebimbangan anda mengenai perubahan dalam kontrak pekerjaan tanpa persetujuan anda. Anda boleh berhubung dengan majikan untuk membincangkan situasi ini dengan jelas dan mendapatkan penjelasan mengenai perubahan tersebut. Jika majikan tidak bersetuju untuk memperbaharui kontrak anda, anda boleh mempertimbangkan untuk mencari nasihat daripada pejabat buruh atau pakar undang-undang mengenai langkah seterusnya. Sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan, adalah penting untuk memahami implikasi undang-undang dan kontrak yang berkaitan dengan tindakan anda. Semoga segala urusan berjalan lancar bagi anda.
0