n*********** n*****'s avatar'
n*********** n*****3 bulan yang lepasMauTanya

TIDAK BERHASRAT MENYAMBUNG KONTRAK

Selain menjalankan tugas hakiki saya, saya juga telah diarahkan untuk menanggung kerja-kerja bagi jawatan lain yang mana telah diberikan tempoh. tempoh menanggung tersebut akan tamat tidak lama lagi, bos telah cadangkan untuk saya menyambung lagi menanggung kerja tersebut, tetapi saya tidak berhasrat untuk menyambung. Saya telah menghantar notis berkenaan hasrat saya untuk tidak menyambung menanggung kerja tanpa menyatakan sebab untuk tidak menyambung. Bos saya tidak menerima notis tersebut kerana saya tidak menyatakan sebab. Soalan saya, adakah wajib bagi saya menyatakan sebab untuk tidak menyambung?

0
Khairul Iqbal's avatar'
Khairul Iqbal3 bulan yang lepas
Tidak, anda tidak wajib menyatakan sebab untuk tidak menyambung kontrak. Sebagai pekerja, anda memiliki hak untuk tidak menyambung kontrak tanpa perlu memberikan alasan. Namun, disarankan untuk berkomunikasi secara jujur dan terbuka dengan atasan anda mengenai keputusan anda. Ini dapat membantu membangun hubungan yang baik dan menghindari konflik di tempat kerja.
1