Nur Aina Natasha's avatar'
Nur Aina Natasha1 tahun yang lepasMauTanya

Salam semua, saya ada soalan

Salam semua, saya ada soalan

Hi, saya nak tanya. Previous company saya if nak berhenti kena letak 2 bulan notis. Saya letak notis pada 4/6/2024 jadinya tarikh saya last berkhidmat 4/8/2024. Saya baru perasan saya ada 3 hari cuti tahunan yang tidak pakai lagi. Jadinya saya letak surat cuti untuk mohon habiskan AL (31/7-2024 sehingga 2/8/2024) saya pada 30/7/2024 di atas meja majikan saya sendiri. Adakah apa yang saya buat ni salah sehingga majikan saya menyekat gaji saya untuk bulan july 2024?

0
Nur Aina Natasha's avatar'
Nur Aina Natasha1 tahun yang lepas
Maksudnya saya tidak boleh menggunakan baki AL saya?
0
Azim Arif's avatar'
Azim Arif1 tahun yang lepas
Tindakan anda untuk mengambil cuti selepas menghantar notis berhenti pada 4/6/2024 adalah tidak tepat. Mengikut amalan biasa, sebaik sahaja notis berhenti diberikan, pekerja tidak seharusnya mengambil cuti tahunan yang tidak digunakan lagi. Majikan berhak menolak permintaan cuti tersebut dan menyekat gaji bulan Julai 2024 kerana anda sepatutnya bekerja sehingga tarikh last berkhidmat pada 4/8/2024. Saya mencadangkan agar anda berbincang dengan majikan untuk mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan perkara ini.
1