M******* S*******'s avatar'
M******* S*******11 bulan yang lepasMauTanya

Pekerja berhenti tak cukup notis

Hai, saya hr di sebuah syarikat. Seorang pekerja telah dihantar ke training dan perjanjian bond telah ditandatangani oleh kedua dua pihak (majikan dan pekerja) namun, pekerja tersebut telah melanggar bond tersebut dan memberikan notis berhenti selama 3 bulan sepertimana yang terletak di contract of employment. Pada hari ini, pekerja tersebut telah memberikan notis berhenti serta merta tanpa cukup 3 bulan notis dan langgar bond yang telah diberikan. Apa tindakan yang boleh dilakukan?

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****11 bulan yang lepas
Hai, jika pekerja langgar bond & beri notis berhenti serta-merta, tindakan yg bleh diambil termasuk: Tuntutan Pampasan: Majikan boleh tuntut pampasan untuk tempoh notis yang tidak dipatuhi berdasarkan bond. Potongan Gaji: Jika terdapat klausa dalam bond, majikan boleh potong gaji akhir pekerja sebagai ganti rugi. Tindakan Undang-Undang: Majikan boleh bawa kes ini ke mahkamah untuk tuntutan ganti rugi jika bond dilanggar.
0
Nurul Aqilah's avatar'
Nurul Aqilah11 bulan yang lepas
Sebagai HR di syarikat tersebut, tindakan yang boleh diambil adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerja yang melanggar bond tersebut. Syarikat boleh membuat tuntutan terhadap pekerja untuk membayar pampasan yang telah ditetapkan dalam perjanjian bond. Selain itu, syarikat juga boleh menahan sebahagian atau keseluruhan gaji pekerja sebagai cara untuk menampung kerugian yang disebabkan oleh pekerja berhenti tanpa notis yang mencukupi. Adalah penting untuk menjalankan proses undang-undang dengan teliti dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua pihak.
0