S*** R*****'s avatar'
S*** R*****11 bulan yang lepasMauTanya

Constructive dismissal tu apa ye sebab pernah dengar

Aku baru-baru ni terdengar tentang "constructive dismissal" & agak keliru maksudnya. Ada sesiapa yang boleh terangkan tak apa itu constructive dismissal? Aku nak tahu lebih lanjut tentang keadaan atau situasi apa yang dikategorikan sebagai constructive dismissal & apa langkah yang perlu diambil jika seseorang mengalami situasi macam ni.

Apakah hak dan perlindungan yang ada dalam situasi ini? Sesiapa yang ada pengalaman atau pengetahuan tentang topik ni, boleh share maklumat atau nasihat tak dengan aku?

1
N** M****** I*****'s avatar'
N** M****** I*****11 bulan yang lepas
Constructive dismissal berlaku apabila seorang pekerja terpaksa berhenti kerja kerana majikan melanggar terma utama kontrak kerja, seperti mengubah tugas secara drastik atau mengurangkan gaji tanpa persetujuan.
0