N*** K******* B**** A** L****'s avatar'
N*** K******* B**** A** L****11 bulan yang lepasMauTanya

Isu Bon Di Syarikat

Mohon pencerahan, gaji saya tlah ditolak oleh pihak HR tanpa sebarang sebab. Untuk pengetahuan, saya dalam tempoh berhenti kerja dan saya terikat dengan bon selama 2 tahun..pihak syarikat mahu saya membayar pampasan tersebut namun belum mengeluarkan apa-apa dokumen / arahan bayaran. Apakah tindakan yang boleh saya ambil?

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****11 bulan yang lepas
Alamak, kalau gaji cik ditolak tanpa sebab yang jelas, memang tak patut. Kalau cik dalam tempoh berhenti kerja & terikat dengan bon 2 tahun, syarikat sepatutnya keluarkan dokumen rasmi dulu sebelum minta pampasan. Cik boleh tanya HR terus kenapa gaji ditolak & minta penjelasan. Kalau tak ada respons yang memuaskan, cik boleh buat aduan kat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk dapatkan hak cik balik. Jangan biar perkara ni berlalu tanpa tindakan, sebab gaji tu hak cik!
1