S*** R*****'s avatar'
S*** R*****2 minggu yang lepasMauTanya

Majikan tak bayar KWSP dan SOCSO

Kalau baru kerja tapi tak ada potongan KWSP dan SOCSO, macam mana ya? Majikan cakap lepas 2 bulan baru nak mula potong KWSP dan SOCSO saya. Rasa macam tak kena je, sebab setahu saya, potongan tu patutnya bermula dari awal kita kerja lagi. Macam mana ye korang?

0
N**** A** R****'s avatar'
N**** A** R****1 minggu yang lepas
Potongan KWSP dan SOCSO sepatutnya bermula dari hari pertama kerja. Jika majikan Cik hanya mula potong selepas 2 bulan, itu tidak mengikut undang-undang. Cik patut bincang dengan HR, semak kontrak kerja, dan jika tiada penyelesaian, buat aduan kepada KWSP, SOCSO, atau Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut.
0