N***'s avatar'
N***10 bulan yang lepasMauTanya

Bekerja setiap hari tanpa diberi cuti boleh ke?

Saya nak tanya korang sikit...kalau bekerja setiap hari tanpa diberi cuti, boleh ke? Rasa tak adil bila tak ada langsung hari untuk saya rehat. Majikan sepatutnya bagi peluang untuk cuti, la kan?

Apa tak hak pekerja dalam situasi macam ni dan ada tak undang-undang yang melindungi kita daripada situasi kerja tanpa cuti langsung ni? Mohon kalau korang tahu tu mintak share ye.

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****10 bulan yang lepas
Menurut undang-undang buruh Malaysia, pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya satu hari rehat dalam seminggu. Jika majikan tidak memberi cuti rehat, itu melanggar Akta Kerja 1955. Pekerja juga berhak kepada cuti tahunan dan cuti umum, bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Jika majikan tidak mematuhi peraturan ini, cik boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk melindungi hak cik.
0