Isu parking di tempat kerja
Hi min,saya pekerja baharu di sebuah agensi kerajaan. Tetapi, tempat kerja saya mempunyai parking yg terhad. Parking tersebut berdasarkan first come first served. Tetapi sebagai pekerja baharu saya tidak berani untuk parking di situ kerana tempat2 itu adalah kepunyaan senior. Saya memilih parking di bangunan yang jaraknya 200 meter dari tempat kerja saya walaupun dikenakan cas rm2 sehari. Sekarang terdapat parking bulanan yang dibuka di sebelah pejabat saya dgn harga rm30 sebulan tetapi kos untuk daftarnya adalah rm180. Wajarkah saya memohon? Atau saya parking sahaja di bangunan sebelah?