ATHIRAH BINTI NASRULLAH's avatar'
ATHIRAH BINTI NASRULLAH1 bulan yang lepasMauTanya

Bos tak bayar gaji kerja part time wfh

Kerja part time wfh content creator. Gaji 600 + commission. Takde bg agreement tapi bagi tablet dan laptop. Lepas 4 bulan kerja, bos kena godam, habis duit. Tutup kedai fizikal, buka di tempat lain. Tak dapat gaji mei.

Setakat ni hujung ogos baru bayar sikit gaji mei. Ada Baki mei,jun,July,ogos tapi tak sampai 2000 pun part time je, masih tak bayar. Tak reply mesej. Mcm mne nak dapatkan duit saya? Dah emel jtk, polis, takde jawapan. Saya tanya sini pulak. Di tablet yg diberi, ada notis duit beribu sudah masuk. Tapi tak reply mesej bayar saya.

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****2 minggu yang lepas
Situasi awak ni memang kes majikan gagal bayar gaji dan walaupun kerja part time atau tanpa kontrak bertulis, awak tetap ada hak sebagai pekerja. Cara terbaik, simpan semua bukti (mesej, slip bayaran, notis dalam tablet, dll.) dan teruskan follow up dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sebab itu saluran rasmi untuk tuntut gaji. Kalau majikan masih tak respon, awak boleh buat aduan rasmi bertulis di pejabat JTK terdekat.
0