adakah majikan saya bertanggungjawab atau bersikap mementingkan diri sendiri
saya sudah berkhidmat dengan satu company coffee ni sebagai technician selama 5 tahun tetapi sejak 2 tahun ni company tidak menaikkan gaji asas saya malah sudah 3 tahun tiada bonus atas dasar mco covid-19 namun company masih berjalan walaupun hanya melalui online shopping akan tetapi selepas mco covid-19 sudah ditarik balik dan bisnes sudah berjalan seperti biasa malah lebih sibuk hingga saya dan rakan sekerja yang technician dipaksa untuk menjadi driver untuk menghantar barang dan melakukan kerja dibahagian logistic sedangkan kerja technikal masih berjalan lebih teruk apabila gaji dan elaun kami dipotong kerana rugi akibat covid-19 sedangkan perniagaan online berjalan walaupun mco covid-19 namun apabila kami bertanya pada company pusat di singapore mereka berkata tiada pemotongan gaji dari mereka. pekerja dari company saya bekerja hanya kurang dari 30 orang tetapi skop kerja dan gaji adalah sangat tidak relevan malah dipotong dan tidak tahu sampai bila.