Saya bekerja 1 tahun dan sudah tandatangan OL, tetapi salinan OL tidak pernah diberikan kepada saya.
Hi, saya nak tanya.
Saya bekerja dgn sebuah syarikat sudah hampir 1 tahun, saya sudah tandatangan OL tetapi salinan OL tidak pernah diberikan kepada saya walaupun saya sudah minta banyak kali. Tetapi saya sempat baca sebelum tandatangan OL, notis berhenti kerja sekurang-kurangnya 2 minggu.
Ketika saya hendak berhenti kerja, saya telah memberi notis 2 minggu. Namun, majikan saya menolak dan berkata notis hanya 1 bulan sahaja.. tetapi saya tidak dapat meneruskan kerana ada masalah peribadi. Tidak sampai 2 minggu, saya terpaksa berhenti 3 hari awal dari 2 minggu tersebut. Saya sudahpun memberitahu secara baik kepada majikan saya, namun dia tidak memberikan sebarang respon sehingga hari ini (1 minggu).
Saya belum menerima gaji untuk bulan terakhir saya bekerja, adakah saya perlu melaporkan dengan jabatan buruh? Atau ianya adalah kesilapan saya.