Nur Munirah Izzati's avatar'
Nur Munirah Izzati1 tahun yang lepasOffice Problem

Apa tindakan saya boleh ambil kalau alami gangguan seksual di tempat kerja?

Hai semua, nak minta pandangan. Kalau kita kena gangguan seksual kat tempat kerja, apa tindakan yang patut kita ambil? Ada tak sesiapa yang pernah lalui atau tahu apa langkah yang betul untuk selesaikan masalah ni? Saya betul-betul perlukan nasihat.

0
R*** M******* F***** B** R*** M******'s avatar'
R*** M******* F***** B** R*** M******1 tahun yang lepas
Bagaimana jika HR Department dan pengurus syarikat juga tidak mengendahkan aduan yang telah kita ajukan. Mereka siap menambah bahawa itu bukan gangguan tapi hanya ingin bergurau dan mesra di tempat kerja.
0
Amira Fathiah's avatar'
Amira Fathiah1 tahun yang lepas
Jika anda alami gangguan seksual di tempat kerja, langkah pertama yang perlu anda ambil adalah membuat aduan kepada pihak pengurusan atau Jabatan Sumber Manusia syarikat anda. Sebagai seorang pekerja, anda berhak untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan bebas dari sebarang bentuk gangguan. Sekiranya pihak syarikat tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada pertubuhan hak asasi manusia atau agensi bantuan pekerja. Ingatlah, tiada seorang pun patut mengalami gangguan seksual di tempat kerja dan tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
0