Tak Banyak Pengalaman Kerja
Perempuan, 26 tahun
Ada pengalaman bekerja sebagai cashier sebelum melanjutkan pelajaran (Diploma Pengurusan Teknologi dan Pejabat)
2021 habis diploma
Takde intern
Tak sambung degree
Oktober 2022 - Februari 2025 bekerja sebagai babysitter
April 2025 bekerja sebagai packer (part time)
Jun 2025 bekerja sebagai warehouse assistant (part time)
Ogos 2025 bekerja sebagai floor staff (part time)
Saya tiada pengalaman bekerja dalam office tapi buat masa sekarang, saya ingin mencari kerja kerani / admin atau apa-apa yang bersesuaian dengan course yang saya ambil. Perlukah saya
Mencari kerja part time terlebih dahulu supaya saya boleh dapat pengalaman dan kemahiran sebelum memohon kerja full time?
Memohon kerja contract?
Boleh terus memohon kerja full time?
Agak down juga sebenarnya memikirkan saya lepasan diploma Office Management tapi saya tak tahu apa-apa berkaitan dengan kerja office (buat invoice, filing, etc). Silap saya juga dulu tak terfikir nak cari kerja part time office dan banyak berfoya-foya.
Mohon tunjuk ajar atau tips dari sesiapa yang pakar. Saya buntu sangat sekarang ni. Terima kasih.