N******** F****** A**** K****'s avatar'
N******** F****** A**** K****2 bulan yang lepasOther Workplace Issue

Cuti Ganti Dihalang Majikan: Hak Pekerja dan Tindakan Yang Boleh Diambil (Management Level Gaji Lebih RM4,000)

salam sejahtera, sy management level gaji lebih 4k. soalan sy telah bekerja lebih masa dan berhak mendapat cuti gantian. selama tempoh jam saya bekerja itu telah kiraan cuti gantian mendapat 10 hari tetapi majikan menahan kelulusan permohonan saya dgn alasan baki cuti saya masih banyak. adakah itu satu kesalahan dan ada tak akta yg saya blh sy kemukakan kpd mereka harap dpt bantu sy.

0
Hawa Azura's avatar'
Hawa Azura2 bulan yang lepas
Majikan anda sepatutnya membenarkan anda untuk mengambil cuti gantian kerana anda telah bekerja lebih masa dan telah mencukupi syarat-syarat untuk mendapat cuti tersebut. Sekiranya majikan anda enggan memberikan kelulusan cuti gantian, anda boleh merujuk kepada Akta Kerja 1955 di mana ia memperuntukkan hak-hak pekerja untuk mengambil cuti gantian setelah bekerja lebih masa. Anda juga boleh mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekiranya perlu. Semoga maklumat ini membantu anda dalam menuntut hak anda sebagai pekerja.
0