Puteri Balqis's avatar'
Puteri Balqis2 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Patut tak saya terima kerja walaupun gaji rendah?

Hi Maukerja. Nak tanya, saya ni lepasan degree dlm accounting. Baru tadi, saya dapat offer position exec, RM2,200, 6 hari bekerja tolak EPF semua, gaji bersih kurang RM1,900 lah tapi itulah. saya tak duduk dengan family, jadinya komitmen tinggi mcm sewa rumah, kereta, minyak lagi. Tak campur PTPTN ni ha. Tolak tolak, belanja saya tiap bulan tak sampai RM300. Patut ke saya accept kerja ni atau cari kerja lain?
0
Lokman's avatar'
Lokman4 tahun yang lepas
Better keje dulu ye. Saya pun lepasan degree tapi keje kerani je. Gaji awak pun lagi tinggi dari saya. Skrng ni susah sikit nak cari keje n demanding sbb pandemic and ekonomi ngra pun tak stabil. Byk company nk cut cost. Better u ada income utk survive dulu. Survival first than your needs. Cari bilik sewa yg murah2 dulu bwh RM300. Mesti ada. Yg penting, buat budget every month. Then, since awk ada kete, maybe boleh alternately pegi keje naik kereta 2minggu, then naik public transport lagi 2 minggu. Buat la kira2 cara yg mcm mana dpt jimat minyak kereta.
0
Bryan's avatar'
Bryan4 tahun yang lepas
kalau baki tinggal rm300. nampak sangat ko boros atau beli kereta mahal atau pi keje naik kereta. lepas tolak epf, socso ada baki rm1900. consider bnyak tu kalau bujang duk kl. pi tengok balik perbelanjaan. mana yg boleh kurang, kurangkan.
0
Wong Zhi Qiang's avatar'
Wong Zhi Qiang4 tahun yang lepas
bila ada mentality mcm ni laa banyk yang menganggur lps ni..if baru lepas habis belajar,cari pengalaman dulu,gaji no 2..atleast gaji tu cukup untuk keperluan kita and selebihnya simpan.bila dah kerja 2,3 tahun,jump laa mana2 tempat kerja and demand laa gaji ikut pngalaman kerja and lulusan apa yg kita ada.jgn memilih kerja sgt sekarang ni..dah ramai dah menganggur kt luar sana tu,ada peluang grab je sb apa,tak semua peluang yg kita dapat tu,org lain terima✨Rezeki tu💪🏻
0
Fatehah's avatar'
Fatehah4 tahun yang lepas
Buat je kerja tu dulu lama2 nt InsyaAllah naik la gaji tu tapi pada masa y sama buat kerja sampingan cari duit tepi. Tengah muda2 tu banyak lagi tenaga nak buat 2-3 kerja 1 hari. Side gig.
0
Low Thai Seng's avatar'
Low Thai Seng4 tahun yang lepas
Aku pernah kerja jawatan engineer gaji tak sampai seribu, jawatan je tinggi. Lepas 3 bulan dapat interview tempat lain, bolehlah goreng masa interview . Gaji pun naik. Pengajarannya kalau dah ada sedikit pengalaman, dapat menyakinkan syarikat lain utk ambil bekerja. Kalau tak ada pengalaman, macamana nak menyakinkan orang?
0
Justin Teo's avatar'
Justin Teo4 tahun yang lepas
Aku lepas kawin,keje kat KL..pindah dari Ipoh ke KL sebab keje..Gaji basic RM2500 tolak epf RM2200..kete 500,rumah 650,mkan bini masak,pegi keje naik moto kapcai yang mana minyak RM3 sehari. Cukup dan mampu hidup dik..jangan ikut org sgt..keje je dulu..
0
Farhan's avatar'
Farhan4 tahun yang lepas
Kapitalis makin kaya dgn bayar gaji yg ciput kpd pekerja2nya...sebab tu hampir semua pekerja buat part time..sebab tu yg kaya makin kaya yg miskin makin miskin.
0
Winnie Mak's avatar'
Winnie Mak4 tahun yang lepas
Better kerja dulu. At the same time, cari kerja lain. Skrng tidak senang cari kerja. Sy dulu after habis study degree, sy terus cari kerja even though just guna transcript sbb belum grade lagi. Kerja pertama d semenanjung dgn gaji bawah 1.5K.. Kena cermat pegang duit sbb kena bayar sewa itu ini. Mengenang diri ni baru fresh time tu, sy kerja saja. At the same time sy cari juga peluang yg lebih baik. Setahun kemudian, sy dpt kerja ke-2 di tempat sendiri dgn gaji yg berlipat jauh lebih baik. Then, time covid melanda, banyak staff kena terminate. Sebulan sy menganggur dulu before dpt kerja baru. Dlm menganggur sebulan tu sy duduk depan PC cari kerja & hantar resume. At last sy dpt kerja lagi dgn gaji yg jauh sejauh jauuuuuh lebih baik lagi dari tempat sy kena terminate tu. Rezeki dari Tuhan itu luas. Usaha itu penting. Syukur jika kena offer kerja even though tidak mencapai apa yg kita impikan. Hold on, Tuhan sedang mempersiapkan kita dgn something yg lebih baik. Permulaan memang begitu. Tiada benda terus jadi.
0