Juvy Hing's avatar'
Juvy Hing•3 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Gaji tak naik naik selepas 5 tahun kerja, boleh ke nak tukar kerja?

Min, aku nak cerita sikit. Aku dah kerja 5 tahun dah kat satu company ni. Jujur, aku cakap la, memang dah tak boleh grow dah. kerja macam tu jela. sama jee. Gaji increment pun RM100 setahun, bonus memang tak pernah dapat la. Aku pernah je ada fikir nak berhenti kerja, tapi itulah, work environment aku memang bagus. Boss, colleague, semua elok! so, apa yang aku patut buat?
0
Jack Lim's avatar'
Jack Lim•4 tahun yang lepas
Musim Covid-19 ni jangan lah berani nak resign. Kita tak tahu akan mendatang entah PKP lagi strict ke. Biasa kalau PKP, management akan buang any staff yang tak confirm lagi untuk kurangkan kos. So let say kita baru dapat kerja, tup tup PKP, haaa sudah kena buang. Tak bergaji lah kita.
0
Rizca's avatar'
Rizca•4 tahun yang lepas
Sama la aku pun. Bonus takde. Increment pun kalau ada, ada la dia bagi, kalau takde, takdelah. Tapi bos ok, kwn2 semua baik, kerja macam family dlm ni. Pernah jugak macam nak berhenti(dulu la sebab stress), tapi sebab aku fikir nk cari kerja lain pun susah sekarang ni, dengan nak melalui benda baru mula dari A balik, aku taknak. So aku kerja jelah, aku cuma doa hari2 moga Allah mudahkan kerja aku dan murahkan rezeki aku dan bersyukur masih diberi kerja walaupun dalam keadaan sekarang ni.
0
Jackson's avatar'
Jackson•4 tahun yang lepas
Ko dah terjebak dlm comfort zone. Kalau ko rase gaji cukup, ko stay. Tapi kalau nak perubahan, kena gigih tinggalkan comfort zone. Aku pernah kerja 10 tahun back end. Memang selesa gile tapi gaji tak cukup. Terus ambik kerja syarikat lain tapi frontliner. Berpeluh gak mula2 tapi skang dah mula ada savings.
0
Azim's avatar'
Azim•4 tahun yang lepas
Kalau masih bujang, pindah la sebab kalau tempat kerja baru tu tak best, tak terbeban utk resign. Kalau dah kahwin, stay je. Increment rm100 kat swasta tu kira normal la. Swasta ni naik rm50 pon ada, tak naik pon ada walaupun company besar.
0
Gloria Yap's avatar'
Gloria Yap•4 tahun yang lepas
Soalan terlalu general kerana terus bagi RM100 sahaja. Tak dapat dipastikan industri mana, berapa basic yang dia dapat dan keadaan performance syarikat ketika ini. Andai katakan dia kerja dalam syarikat tu berbasic rm2k dan dapat kenaikan 5% iaitu rm100. Pada saya tidak terlalu teruk dan tidak terlalu baik. 5% increment dalam bell curve syarikat adalah golongan pekerja average atau middle range. 8% ke 10% increment biasa top performer atau ada upgration gred tapi tak banyak yang dapat peluang tu. Namun ada beberapa consideration lain yang dibuat. Overall performance syarikat juga memainkan peranan tersendiri. Cuma kalau memang gaji dia 4k dan naik 2.5% atau rm100 better tanya berbincang semula pada pihak majikan. Bincang apakah alasan kenaikkan yang hanya sedikit sahaja. Cuba lihat dari sudut pandangan mereka. Bawa sekali performance review anda tahun sebelumnya dan pencapaian yang anda lakukan. Kemudian biarkan pula pihak syarikat bentangkan pula KPI dan alasan mereka naik banyak macam itu. Majikan yang baik mereka ada supportive data yang menyokong keputusan yang di buat. Dapatkan kesepakatan dan situasi menang-menang. Kalau situasi memihak kepada syarikat, tanya apakah yang boleh buat lebih baik di masa akan datang, dari situ bolehlah buat keputusan sama ada nak letgo atau nak stay. Baru kita lega nak buat keputusan dan kalau nak berhenti, berhenti secara berhemah. Cuma dalam keadaan pendamik ini, tak banyak syarikat yang bagi % yang baik. Masing-masing struggle nak keep business move on dan simpan pekerja. Pendapat saya ada kerja dan enviroment kerja yang baik sudah syukur rahmat kerana tempat lain belum tentu boleh dapat enviroment yang sama, boleh bayar gaji dan ada kenaikkan gaji. Apa pun perlu ada check and balance antara syarikat serta demand supaya kita tidak rasa tertindas. Biasakan kira kenaikkan berdasarkan % bukan berapa gaji kita naik. Baru boleh nampak overal overview. Ehh terpanjang pula 😂 Sekian pendapat saya. "Lain padang, lain belalang.."
0
Yap Siew Kee's avatar'
Yap Siew Kee•4 tahun yang lepas
Kalau gaji besar tapi hati tak tenteram lagi2 dpt bos hanat, hod kaki bodek, geng opis jenis PHD, end up tak jadi ape. Ya betul sampai satu tahap bile dah lama kat satu tempat kita akan jadi stagnent, susah sikit nak grow. Cuma selesa lebih sikit. Kalau offer yg dapat tu betul2 besar dan berbaloi tak salah cuba. Tp bear in mind setiap harga mesti setimpal dgn workload yg diberi. Mental prepared for the coming challenging.
0
Mannee Leong's avatar'
Mannee Leong•4 tahun yang lepas
Better stay bro. Waktu sekarang ni susah nak dapat kerja. Increment rm100 setahun tu okay je pada aku. Work environment yang bagus tu lagi penting, tak serabut nak fikir toxic people dan paling penting, bos okay. Nanti kat tempat kerja baru, nak kenal orang baru lagi, bos pun tak tahu macam mana. Risiko.
0