Yin Leong's avatar'
Yin Leong1 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Kerja kerajaan atau swasta, mana lebih baik?

Min, sebenarnya saya confuse. Sebenarnya, saya dalam process mencari kerja dan sampai sekarang saya tak tahu apa yang saya nak dalam kerjaya. Parents pulak tak habis habis suruh bekerja under kerajaan tapi diaorang tak tahu, bukan senang nak lulus. Dengan ujian fizikal dia lagi. Tak campur lagi, kalau kerja kerajaan takut kena pindah jauh dari keluarga. Sekurang-kurangnya kerja swasta boleh pilih dekat dengan keluarga. Rasa rasa apa yang terbaik buat saya?
0
Idzmeer's avatar'
Idzmeer4 tahun yang lepas
Mcm sy... Lepas 3 tahun kerja swasta baru dapat tawaran dari kerajaan... Masa tu bagitau parent sbb diorang harap anak dia kerja gov... Tp bila tgk gaji starting cuma separuh dr gaji skrg... Fikir seribu kali jugak nk masuk... Tp xpela cuba je kalo dah mmg rezeki terima jela... So exam lulus cuma sangkut time iv je... Jadi simpanan yg ke berapa ntah... Parents pun ok je bila x dapat nk masuk gov sbb gaji da stabil... So nk bagitau sini... Cuba je tunaikan apa yg parents mintak... X dpt xpe sbb kita dah usaha...
0
Au Yong's avatar'
Au Yong4 tahun yang lepas
Kalau habis spm baik mohon kerajaan terus. Sbb banyak kekosong gred 19 dan 11. Nak belajar lepas tu nak mohon government, susah dik, dalam setahun, boleh kira berapa je jawatan di iklan kan. Belum lagi nak fight dengan golongan sorokkan sijil, cable dll.
0
Fei Shan's avatar'
Fei Shan4 tahun yang lepas
If tak tahu apa minat untuk kerja, just grab chance yang dapat, sebab zaman sekarang kerja untuk survive je dulu. Dah kerja dah nampak dunia luar baru tahu apa potensi diri. Parents suruh apply kerajaan sebab parents just fikir untuk stability. Tak salah juga tu untuk kerajaan. Tapi kalau rasa susah nak apply kerajaan thru spa, try apply jawatan kat kerajaan yang pengambilannya secara direct, tak melalui spa. Sebab bila pengambilan direct ni mostly agensinya tak buat proses yang banyak
0
Olivia Pern's avatar'
Olivia Pern4 tahun yang lepas
First... Level kelulusan adik tahap apa? If sekadar SPM, adik just kerja & jgn nak ikut minat or x minat. Sebab zaman skrg, if nak kerja yg betul2 kita minat. Sangat susah nak dpt. Benda baru mmg akn ambik masa utk bljr. Mcm saya, sekadar lulusan SPM, tahun 2009. Skrg dh 10tahun as government servant bekerja dlm makmal. Syukur, ni rezeki, dpt kerja umur 19tahun. Skrg dh umur 29. Mula mmg x minat, knowledge pun zero. But I'm willing to learn. Second, x semestinya kerja kerajaan akan berjauhan dari family. Begitu juga dgn swasta, pun x semestinya dekat. Tp kalau dh rezeki kat situ, adik perlu terima. Sebab skrg ssh nak dpt kerja. Yg penting, mst rendah diri & sedia menerima teguran sekiranya nak lebih berjaya. One day, u will be an asset for what u've learned. Trust me...
0
Evie's avatar'
Evie4 tahun yang lepas
Ok je sbnrnya kerja swasta, yg penting cari pengalaman, n kena rajin skit lompat kerja ke tempat yg lebih besar. Kerajaan ni kalau nasib x baik kene campak sabah/sarawak mmg menangis lerr. Kalau x de komitmen xpe
0
Iqa's avatar'
Iqa4 tahun yang lepas
1st, tukar mindset lama tu. 2nd, tnye diri minat kearah apa. 3rd, akan dpt tahu apa yg terbaik utk anda jika 1 dan 2 berjaya solve
0