Zien Lim's avatar'
Zien Lim4 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Perlukan kata kata semangat anda semua.

Saya ni anak miskin bandar. Miskin bandar tu lagi sakit dari miskin kampung. Tinggal di rumah PPR. Di diskriminasi di sekolah (mungkin tak nampak sangat tapi realiti tu wujud). Kelas pertama selalunya dimonopoli oleh anak² perumahan kondominium, teres etc. Manakala anak flat mcm saya mostly berada di kelas belakang. Tapi sebab saya jenis kuat berusaha, saya dapat masuk kelas depan. Dari zaman sekolah cikgu selalu cakap, belajar rajin². Nanti dapat belajar sampai menara gading, keluar dapat kerja bagus. Sampai bila kamu nak duduk di rumah 'sangkar burung?' Saya pun pulun belajar. Malam tolong parents berniaga di pasar malam. Siang ke sekolah. Hujung minggu kutip tin, besi buruk. Memang sakit dan penat. Pendek cerita, saya grad tahun lepas. Sebelum konvo, saya dah cari kerja di mall. Saya tak boleh putus mata pencarian, nanti siapa nak sara family? Kemudian covid melanda. Peluang pekerjaan makin susah. Saya pula mcm dah stuck di mall dgn gaji yg rendah walaupun saya ada degree. Manakala kawan² saya yg anak orang senang, hidup makin senang. Kadang saya stalk linked in dorang. Jujur saya jealous. Jawatan yg dorang pegang bukan kaleng². Semudah itu perjalanan hidup dorang. Semudah itu mereka dapat kerja. Saya selalu tertanya tentang takdir hidup saya. Kenapa Tuhan buat saya mcm ni? Kadang malam² selalu terbayang nak bunuh diri. Itu sahaja luahan saya. Saya tak minta apa. Cuma nak baca kata² semangat dari kawan² fb supaya saya kuat untuk cari kerja yg lebih bagus untuk sara family. Tq min. Doakan saya dapat kerja lebih bagus.
0
wan nur ariff wan hadi's avatar'
wan nur ariff wan hadi4 tahun yang lepas
kuatkan semangat bro. aku tahu keadaan susah. jgn kerja mall lama2. ptot masa ko kerja mall to dh start apply kerja ataupn tambah skills. buat hari2 apply at least 25 kerja. dlm satu bulan aku yakin mesti satu sangkut. cuma jgn pikir sbb degree ko kne gaji besar, jangan pikir baik aku kerja mall gaji dapat besar lagi. 1-3 tahun pertama hanya untuk ko belajar dan tambah skill. lpas dh well equipt baru la cari kerja lain dan boleh demand gaji skit. satu lagi klau kau mentally broken duduk lah dalam circle yg positive. cari kawan yg boleh motivate, last and not least first step is hard but somehow u will manage to success and smile at the end.
0
Arnida Ibrahim's avatar'
Arnida Ibrahim4 tahun yang lepas
I totally relate to you. Jujurnya mmg we're on the same boat. Literally everything. You're not in this alone. For myself, I graduate 2018. Just imagine, I've been striving to find a worthy job equal to worthy pay. 4 almost 3 years. Till now, I'm still looking 4 an opportunity. Just wanna say to you, in life we need to be resilient. Saya terpanggil utk komen ni sbb awak ada suicidal thoughts which is I do really really concern. I know golongan kita ni mmg struggle a lot. Lagi2 zaman when we rich we're powerful. Also if we don't have certain look/beauty, absolute brain or have a massive connection, we can dropping far behind in life. Just 1 thing, DO NOT GIVE UP! Never lose Hope because at least Hope is free in this world. I wanna u try to think outside of the struggling life we've had. It helps me a lot. Just try to thinking how to made a day of life meaningful. You're more capable than you think! Fighting!
0
M******* S***** S*****'s avatar'
M******* S***** S*****4 tahun yang lepas
Saya xtau macam mana rasa miskin bandar sbb saya org kg🙁. Saya asal dari kudat sabah, keluarga alhamdulillah cukup makan biarpun xbnyak. Saya sekolah kat HIBS, bentong pahang atas nasib baik dapat scholarships. Sekolah international so mostly org berada n some international student. Awal je kot ada diskriminasi tp lepas tu xde dah. xpe miskin asal bagus akhlak n kita tunjuk je kat dorg kita lg bagus. habis sekolah alhamdulillah dpat smbung blajar diploma tapi tu xhabis lah blajar sbb masalah kewangan. keluarga bukan org senang dan saya ada 3 org adik lg masih bersekolah, akak saya pun tgh blajar dlam University. So saya berhenti n start kerja kat GSC gaji xbnyak dulu gaji x smpai 1000 pun time 2013 tp alhamdulillah dpat bagi2 sikit2 kat adik2 n tolong keluarga. Lepas tu berhenti sebab dpat kerja jadi admin clerk guna sijil spm, ada lah gaji 1300 alhamdulillah boleh bagi lebih kat keluarga. 2018 saya kerja sbgai reception n admin support untuk resort ada lah gaji 1800-2000+ alhamdulillah. Sekarang saya keje masih sbgai admin assistant for one company alhamdulillah gaji boleh tahan 2000+ dan pada masa sama sy buat freelance untuk software programming & basemesh character designer. Adik saya yg bungsu alhamdulillah dah habis spm tahun lepas, akak n adik no.3 pun dah keje. So, skarang saya boleh kumpul duit n nak smbung blajar to diploma.. saya dah 27 skarang baru nak ambil diploma kwn2 semua dah smpai degree. Saya dah merantau lama dah kat negeri org tuk tahun ni adalah tahun ke-3 saya x dpat balik jumpa keluarga disabah sbb bajet lari sikit. So nasihat sya jgn bandingkan diri kita dgn org lain, bersyukur dgn apa yang ada. Insyallah awk akan dpat rezeki yg lebih baik teruskan memohon jawatan lain kat maukerja, jobstreet, spa9i, n ikut telegram kerja skarang bnyak kerja kosong dan Selalu update resume, xdpat jwatan tinggi then target jwatan diploma,pengalaman penting 😉 u see pain will always be there, cause life is freaking painful but suffering is a choice.
0
Nuraishah Md Noh's avatar'
Nuraishah Md Noh4 tahun yang lepas
Jangan putus asa. Mungkin gaji Dorang besar jawatan bukan kaleng2. Berkat tu bukan nampak dgn gaji dan pangkat sahaja.
0
Nazirul's avatar'
Nazirul4 tahun yang lepas
"saya selalu tertanya tentang hidup saya. Kenapa tuhan buat saya macam ni". Saya juga pernah mengalami seperti kamu. Saya berfikir tuhan tidak adil dengan saya. Tapi, tuhan tidak begitu adik. Tuhan sangat adil. Saya menyesal pernah kata tuhan x adil. Hanya sedikit cobaan kita menyalahkan tuhan. Adik, Saya sekolah smpai stpm. Kemudian kerja biasa saja sbb faktor kewangan kluarga. Saya kerja di kedai2. Tp, tuhan selalu meletakkn org yg baik di sekeliling saya. Pada suatu hari, saya mendapat kerja di sebuah hospital, dgn jawatan cashier. Disana saya berjumpa dengan seorang amoi cina. Tp kmi x sama jawatan, dia jawatan tinggi. Kmi berkawan, dia mengajar sya mcm2. Tentang saham, tentang bisnes, tentang medical, tentang asset, dia bantu saya bina keyakinan diri. Di akhir dia mau resign, saya br tau dia ank tauke. Dia resign sebab mau buka bisnes sendiri dan mewarisi bisnes bapanya. Amoi ajak saya resign dan bekerja dengan dia. Setelah bekerja dgn dia berapa lama, saya resign dan buka bisnes saya sendiri. Nahh... Saya baru tau, bagaimana tuhan mengatur hidup saya. Perjalanan yg pahit, tp tuhan ttpkan 1 destinasi yg x kita sangka. Jadi adik... Kuatkan semangat, sentiasa positif, sentiasa jujur dlm pekerjaan dan jgn bersungut2. Sentiasa berdoa....
0
Micheal Puah's avatar'
Micheal Puah4 tahun yang lepas
Sabar awak....peluang masih ada...byk je syarikat recruit time2 covid ni..berlambak dlm jobstreet. Sy pun salah sorg yg dpt kerja time covid2 ni, 2 tawaran dari bank yg berlainan tp sy pilih mana yg saya rasa saya minat kerja tu wlpn gaji kurang seratus je...byk doa dan usaha...resume kena bagi updated , highlight pengalaman kerja, bila awk encounter kerja kat jobstreet, mohon dlm jobstreet, kalau rajin cari email hr send lg email, takde email call hr tanya ada email company tak utk mohon kerja, then kalau send email x jalan jugak awak post resume dan cover letter ke syarikat yg awk aim ada jwtn kosong tu atau send by hand terus. Doa jangan lupa...baik sangka pada Allah. Linkedin tu mmg byk org hebat, ignore je ,kita fokus hidup kita...niat utk dpt kerja bantu familyz ubah hidup...semoga berjaya...yakin yg beri rezeki tu Allah bukan manusia.
1
Jacky Choo's avatar'
Jacky Choo4 tahun yang lepas
Awak. Satu pesanan dari saya untuk awak dan saya sendiri. Jangan sangsi dgn ketentuan Tuhan. Xpe. Perlahan2 mendaki dgn usaha sendiri kan lebih bagus. Awak akan banyak terima pengalaman yg mungkin orang lain jarang dapat. Mungkin awak kurang kaya harta, tapi awak kaya pengalaman. Jadi, jangan ragu2 dengan apa yg awak buat sekarang dan keep positive.
0
Ai Ern's avatar'
Ai Ern4 tahun yang lepas
Jangan putus usaha. Semangat mau kuat.. tak kisah kerja apa2 pon. Sy dulu dtg KL abis spm. Kerja ? Macam2 sy buat. Dari waiter dekat chickec rice shop, salesman pintu ke pintu, jual insurance online . End up skng sy kerja retail. Alhamdulillah dah masuk tahun ke 16 menetap kat KL. Dari bujang sampai anak dah 4 org. Apa2 kerja kita buat,kalau rajin,tak putus asa, insyaallah Allah akan bantu kita. Jgn takut dengan cabaran, dan yakin dengan Rezeki Allah seluas langit awk akan dpt. Akhir kata dari sy perantau ni, kerja rajin2 tak kisah keje dalam mall sekalipon, Rezeki ada. Jgn risau.. 💪💪💪💪
0
Wei Hui's avatar'
Wei Hui4 tahun yang lepas
org yg mula dari bawah lagi hebat dr org yg trs duk atas.. yang penting kita usaha,insyallah rezeki akan datang dengan sendirinya
0
Juliana Pua's avatar'
Juliana Pua4 tahun yang lepas
Lagi satu letakkan Goal (Kerja yang dihajati) tampal kat dinding bilik kat rumah ker... utk jadi motivasi.. lepas tu setkan goal tu. Bila kita set goal tu kita mula utk belajar dan buat plan ke arah tu. Study kerja yang kita hajati apa perlu untuk kita capai. Fahami... mula buat resume yang betul dan start send resume... All the best. Cuba tulis yer setting short term goal dan long term goal... cuba dan cuba yer.
0