Boleh ke majikan mengertak pekerja?
min. Saya nak luah.....
Sy baru diambil permenant tp gaji tak di naikkan. Gaji tetap sama sbb alasan sy masih fresh dan tidak perform. Alhamdulillah baru2 ni dpt offer lebih tggi. Sy hantar notis 24 jam sbb bakal majikan tak boleh tggu lama. Hr majikan lama ugut utk kena kan penalti sbb kerugian. Adakah betul majikan boleh ambil tindakan setelah hantar notis. Atau hanya gertak saja?
Baca balik appoinment letter dengan terms & conditions yg you dah sign masa terima bekerja di situ. Semestinya dinyatakan tempoh notis pemberhentian. Majikan berhak untuk mengambil tindakan tuntutan ganti rugi melalui JTK.
Jika you rasa gaji di tempat kerja baru tu lebih berbaloi untuk you berhenti serta-merta dari tempat kerja sekarang, kenapa tidak. Sekiranya benar tuntutan gantirugi dilakukan dan JTK telah menghantar notis tuntutan kepada you, you hanya perlu membayar mengikut notis berhenti yg sepatutnya sahaja.
Kita sebagai pekerja perlu sentiasa ingat, peka dan fahami terma-terma & syarat yg dinyatakan semasa diambil bekerja. Tak faham blh bertanya kpd HR syarikat tersebut. Harus ingat kenaikan gaji, elaun dan bonus adalah hak mutlak syarikat melainkan ianya dinyatakan dalam appointment letter/terms & conditions. Ianya bukan satu kemestian dan tidak melanggar Akta Kerja 1955.