Olivia Pern's avatar'
Olivia Pern2 tahun yang lepasOther Workplace Issue

asyik kena marah dengan boss, sedangkan bukan silap sendiri.

Saya berkerja disebuah syarikat swasta, company ****** pada tahun 2019, sekarang ni, dah hampir 2 tahun saya bekerja. Saya bekerja sebagai online sales. Gaji saya waktu mula mula kerja dulu hanya RM300 selama 4 bulan, lepas tu naik RM500 untuk 2 bulan, lepas tu RM 800, lepas tu RM1,100, selepas RM1,300 dan yang latest sebabkan dia dapat tahu saya nak berhenti akhir tahun lepas dia naik kan jadi RM1,500.. Mula-mula niat saya nak buat sales banyak-banyak disebabkan nak bantu company. Tapi makin lama saya rasa dipergunakan. Saya dimarah di maki hamun atas kesalahan yang bukan dari kesalahan saya. Boss hanya lebihkan kawan dia. Kawan dia bekerja 1 company dengan saya. Mulanya dia tak nak bekerja sama dengan boss saya sebab takut company ni tak boleh pergi jauh. Selepas saya bersama boss berdua buat sales dan ambil budak intern saya yang ajar mereka buat sales, ambil staff saya juga yang ajar buat sales sehingga la mereka tahu buat sales sendiri. Saya almost every month top sales sebab niat saya nak bantu company. Tapi makin lama, makin saya rasa dipergunakan. Suruh buat semua kerja, admin, hr, kira gaji staff dan banyak lagi. Saya selalu jadi mangsa tempat boss marah dan maki hamun saya bila dia tengah tension. Boss selalu akan push saya and team sales yang lain untuk buat sales. Saya masih ingat lagi 7 bulan selepas saya berkerja di company ni. Masa tu saya tengah bercuti sebab nak tenangkan fikiran. Dan waktu bercuti tu tak ada sales. Waktu tengah bercuti tu malam-malam boss akan hubungi marah-marah maki hamun saya sebab tak ada sales. Dan sejak itu saya selalu kena marah atas kesalahan orang lain. Kawan dia yang buat dia marah, dia lepaskan kemarahan dia kat salah. Emosi saya sangat2 tak stable. aya dulu mangsa buli dari sekolah rendah sehingga la diploma.. sebab itu saya tak boleh dengar orang cakap negatif.. Saya pun selalu ada keinginan ingin membunuh diri. Bila malam boss saya call saya tak angkat, saya kena marah lagi, kena maki lagi.. mungkin bagi dia kalau dia marah saya atau maki saya. Saya tak akan berhenti, tapi dia silap itu la akan menyebabkan saya berhenti kerja. Yang paling saya tak suka kawan dia hanya freelance sahaja. Datang bila ada kerja. Tapi buat kerja selalu datang bad feedback. Tapi dia tetap pertahankan kawan dia. Kawan dia walaupun freelance dia tetap bagi gaji basic. Dia tak buat apa2 pun untuk company. Tapi gaji dia lagi tinggi dari saya. Yang buat semua kerja saya. Gaji dia tinggi 2x ganda dari saya. Yang membuatkan saya terus berhenti sebab sewaktu on call dengan dia, dia marah-marah saya. Dia maki hamun saya. Sampai sekarang saya masih ingin apa yang dia katakan. Saya jadi trauma bila dia call. Sepatutnya saya nak tunggu cukup 2 tahun kerja baru berhenti.. tapi saya dah tak tahan.. setiap hari setiap masa saya selalu ingat kata2 makian dia..
0
N** D******* A*****'s avatar'
N** D******* A*****3 tahun yang lepas
Klau aku maki je bss hng
0
Lily's avatar'
Lily2 tahun yang lepas
Boss awak x bertanggungjawab atas kesihatan mental awak...tolong berhenti... Rezeki di luas.. Kerja McD lagi tinggi gaji drpd kerja yg awak skg..x perlu setia...xdtgkan manfaat pada awak..
3
Jayden's avatar'
Jayden4 tahun yang lepas
Cra dia cakap sbnrnye boss dia nk prtahankn kwn je, nk mrh kwn tk boleh, so dia maki awk lh, dh tahu dh manusia ape mcm ni, better brhnti je, lgi byk peluang pekerjaan yg menanti awk dkt luar sne.
0
Fanny Foo's avatar'
Fanny Foo4 tahun yang lepas
Lebih baik masuk bidang hartanah atau salesman kereta. Keje freelancer, komisyen byk. Sekadar suggest.
1